Pendedahan Elly Mazlein Selepas Tersingkir GV3 Mengejutkan Ramai


Malam tadi telah berlangsung pertandingan nyanyian realiti GegarVaganza Musim ke-3 untuk minggu keempat.
Pada kali ini para peserta telah diberi tugasan untuk berduet.
Di akhir rancangan, Elly Mazlein telah tersingkir dari Gegar Vaganza.
Walaubagaimanapun, ada beberapa perkara yang menjadi topik hangat selepas itu.

TIADA PENYINGKIRAN

Sebenarnya, pada malam itu, sepatutnya tiada penyingkiran. Namun Elly Mazlein telah bertindak untuk tidak meneruskan pembabitannya dalam Gegar Vaganza dan menarik diri.

KENAPA TARIK DIRI

Melalui beberapa temubual, Elly Mazlein akui berkecil hati dengan kata-kata juri iaitu Dato Ramli MS.
Kata-kata ” mengharapkan ehsan” dari Astro memperlihatkan penyanyi itu seperti menagih simpati dan menyebabkan Elly Mazlein menarik diri.

MENANGIS

Elly akui sedih dengan keadaan tersebut dan menangis sehingga lambat masuk ke acara akhir iaitu “Ada lagu, ada lagi”. Dia berkata tidak mahu penonton melihatnya menangis sebab itu dia masuk lambat.
Itulah perkara yang didedahkan oleh Elly Mazlein. -PENMERAHDOTCOM

Author:

Facebook Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...