10 Gambar Guru Wanita Ditetak Suami Hingga Maut

 10 Gambar Guru Wanita Ditetak Suami Hingga Maut
10 Gambar Guru Wanita Ditetak Suami Hingga Maut|Seorang suami Amin 34 tahun tergamak membunuh isterinya sendiri yang juga seorang cikgu berusia 28 tahun Ainun Safitri kerana cemburu di  Daerah Bambaira Sulawesi Indonesia
Mereka adalah pasangan yang sah namun tinggal berasingan kira kira 7 bulan pisah ranjang. Suspek menunggu isterinya pulang dari mengajar sebelum menetak isterinya dengan parang dibeberapa anggota badan.

Mangsa di tetak pada bagian punggung, kepala, telinga dan pergelangan tangannya putus akibat cuba menangkis parang tidak sempat di selamatkan.
Setelah puas menetak isterinya, suspek melarikan diri ke rumahnya lalu menikam dirinya sendiri dan meminum racun rumput di kebun belakang rumahnya yang kini dirawat di hospital berhampiran.









Read More

BR1M: Lebih 5.15 Juta Akan Terima Bayaran Pertama Mulai Sabtu

BR1M: Lebih 5.15 Juta Akan Terima Bayaran Pertama Mulai Sabtu


 Perdana Menteri, Najib Razak berkata kerajaan menerima sebanyak 8,277,391 permohonan bagi BR1M dan 5,153,238 permohonan telah diluluskan setakat ini.

Pembayaran pertama pula akan diagihkan bermula 18 Februari ini.

"Insya-Allah, bermula 18 Februari, bayaran pertama bagi Bantuan Rakyat 1Malaysia, BR1M akan mula diagihkan kepada mereka yang telah memohon dan layak menerimanya.

"BR1M adalah antara mekanisme utama penyampaian bantuan subsidi bersasar yang digunapakai bagi menggantikan sistem subsidi pukal sebelum ini yang kurang berkesan dan mengalami banyak ketirisan.

Tambah Najib lagi, baki permohonan yang belum lulus (3,123,950) kini dalam proses dan keputusan akan diumum pada Mac.

"Baki permohonan yang belum lulus sebanyak 3,123,950 pula kini berada dalam pemprosesan dan keputusan kelulusan dijangka akan diumumkan pada bulan Mac 2017 kelak.

"Dari segi peringkat umur, kumpulan tertinggi diluluskan adalah daripada golongan 21 hingga 30 tahun serta yang berumur 61 tahun dan ke atas. Sebanyak 2,782,799 pemohon akan menerima bantuan RM1200, manakala 243,434 bagi bantuan RM900, dan selebihnya 2,127,005 layak untuk bantuan RM450." kata Najib menerusi blognya.
Read More

Tiga Orang Murid Tahun Tiga Hampir Dilarikan Penculik,Terkejut Selepas Dihampiri Pengawal Keselamatan Sekolah

Tiga Orang Murid Tahun Tiga Hampir Dilarikan Penculik,Terkejut Selepas Dihampiri Pengawal Keselamatan Sekolah


 Tiga orang murid tahun tiga dari Sekolah Kebangsaan St Anne di sini hampir menjadi mangsa culik tiga lelaki tidak dikenali dalam sebuah van bercermin gelap di depan pintu masuk sekolah mereka, tengah hari semalam,  

ia mulanya dikatakan salah seorang daripada lelaki berkenaan telah menawarkan gula-gula kepada seorang daripada murid itu tetapi ditolaknya ketika mereka baru pulang dari aktiviti kokurikulum sekolah tersebut pada 4.45 petang.

Ketika memanggil kanak-kanak berkenaan, pintu van yang dinaiki tiga lelaki tersebut dibuka seluas-luasanya dalam percubaan untuk menarik ketiga-tiga pelajar berkenaan ke dalam kenderaan tersebut.

Menurut seorang ibu kepada murid berkenaan, ketiga-tiga lelaki tersebut kemudian melarikan diri dengan van itu apabila pengawal keselamatan sekolah menghampiri mereka.

Beliau juga menyatakan bahawa pihak polis sudahpun mengambil keterangan daripada anak perempuannya yang juga seorang daripada murid terbabit.

Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan Raisin Saidin berkata, pihak sekolah harus memastikan murid terutama mereka yang masih di sekolah rendah menunggu kenderaan atau keluarga mereka di dalam kawasan sekolah selepas waktu persekolahan.
Read More

"Apa Hak Anda Untuk Pakai Fesyen Celoreng?" Pakai Hazama Konsert Mentor Milenia Cetus Perbalahan Di Laman Sosial

"Apa Hak Anda Untuk Pakai Fesyen Celoreng?" Pakai Hazama Konsert Mentor Milenia Cetus Perbalahan Di Laman Sosial

Orang awam di negara ini pernah diberi amaran agar tidak memakai baju menyerupai seragam celoreng seperti mana digunakan oleh anggota pasukan keselamatan.

Malah dikhabarkan mereka yang ingkar arahan tersebut boleh didakwa di mahkamah mengikut peruntukan undang-undang berkaitan.

Masalahnya, sejak kebelakangan ini, baju celoreng telah dijual secara terbuka di mana-mana sahaja, ianya begitu mudah didapati dan mereka yang menjual ada juga dari peniaga berlesen.

Terbaru, sebuah laman Facebook bernama Rakyat Sokong Angkatan Tentera Malaysia telah mempersoalkan tindakan penyanyi Hazama yang memakai pakaian celoreng seperti askar dalam konsert Mentor Melenia baru-baru ini.


Bagaimanapun pos berkenaan mendapat reaksi pelbagai daripada netizen di mana ramai yang mempertahankan tindakan berkenaan kerana menurut mereka baju berkenaan begitu mudah dan banyak dijual di pasaran.

Berdasarkan carian, menyimpan dan memakai pakaian yang mempunyai celoreng askar oleh orang awam merupakan satu kesalahan yang boleh membawa kepada hukuman penjara.

Apapun, pakaian seumpama ini kini bebas dijual di pasaran terbuka, jika betul mendatangkan kesalahan harap pihak bertanggungjawab perlu mengambil perhatian dengan membanteras penjualannya, ini kerana ramai orang awam yang membeli dan memakai pakaian celoreng tentera ini tidak tahu ianya merupakan satu kesalahan. 
Read More

'Apa Pencapaian Kau Nak Tulis Buku?' - Sharnaaz Bersuara di Twitter

'Apa Pencapaian Kau Nak Tulis Buku?' - Sharnaaz Bersuara di Twitter

Kuala Lumpur, 12 Feb - Pelakon tempatan, Sharnaaz Ahmad hari ini secara tiba-tiba mengeluarkan beberapa siri twit di Twitter yang dilihat sebagai keluhan beliau.

Twit-twit itu dipercayai ditujukan oleh Sharnaaz kepada seseorang.

"Apa pencapaian ko nak tulis buku? Dude tak semua atas muka bumi ni tuhan cipta yg ko ada bakat." tulis Sharnaaz di twit pertama.

Kemudian, Sharnaaz menyambung: "Aku tak pernah suka ko, sbb fanatik ko dan perangai berlagak konon ko sempoi & fames sampai tak kenal sapa otai.. tapak kaki menunggu jilaka"

Beberapa minit selepas itu, Sharnaaz menyambung: "Ko A samad said ka? Zahiril adzim ka? Beto ka? Brp tinggi sastra ko? Brp banyak award ko dan sumbangan? Harap suara kambing? Utoh la ba-kai".

Namun, tidak dapat dipastikan kepada siapa twit-twit ini ditujukan kerana Sharnaaz tidak menyebut sebarang nama.

Tetapi, twit-twit dari Sharnaaz itu menjadi viral di media sosial sehingga mendapat ratusan retweet dalam masa beberapa minit sahaja.

Read More

"Tangan Saya Gosok Perut Untuk Jinakkannya," Dicerca Dan Dituduh Cuba Pegang Anu Tapir Oleh Netizen, Pencinta Haiwan Luah Rasa Kecewa

"Tangan Saya Gosok Perut Untuk Jinakkannya," Dicerca Dan Dituduh Cuba Pegang Anu Tapir Oleh Netizen, Pencinta Haiwan Luah Rasa Kecewa

Lumrah zaman media sosial sekarang, pantang lihat apa yang orang lakukan sikit semua tak kena, semua akan dikutuk sesuka hati, contoh hari itu muatnaik gambar peluk emak sendiri pun ada orang hentam cakap tak elok dedah dikhalayak ramai.

Itulah dunia kini, begitu juga kes terbaru terjadi kepada seorang pencinta haiwan apabila dia telah memuatnaik beberapa keping gambar dan video yang memaparkan aksinya bermanja dengan seekor tapir jantan.

Aksinya tidur disebelah tapir sampil menggosok bahagian perut berhampiran alat kelamin haiwan berkenaan telah membuatkanya dicerca oleh segelintir netizen kononnya beliau cuba memegang kemaluan haiwan berkenaan sehingga menyuruh beliau membuang tudung.


Ini hanyalah segelintir cercaan terhadapnya, keadaan ini menyebabkan beliau dan pencinta haiwan lain melahirkan rasa kecewa kerana mereka tidak faham setiap haiwan ada tempat yang berlu dibelai untuk membuatkan mereka tenang, juga seperti membelai seekor kucing.

Berikut adalah penjelasan beliau.




Aksi yang dilakukannya adalah aksi biasa yang dilakukan oleh pencinta haiwan yang lain termasuk yang selalu kita lihat di kaca televisyen.

Ada yang bertanya kenapa dia memuatnaik gambar berkenaan, dia adalah pencinta haiwan, dia mempunyai ramai rakan Facebook yang juga dari kalangan peminat haiwan, jadi mungkin cuba berkongsikan bersama rakan-rakannya yang lain.

Apa yang boleh cakap, semakin hari pemikiran segelintir orang kita makin parah, apa yang dilakukan bagi mereka semua akan dinilai dengan negatif. 
Read More

Biarkan Saja Luka Kering, Dah Ada Keruping Eloklah Tu, Ini Antara Mitos Yang Sering Masyarakat Salah Erti, Ketahui Cara Sebetulnya Untuk Merawat Luka

Biarkan Saja Luka Kering, Dah Ada Keruping Eloklah Tu, Ini Antara Mitos Yang Sering Masyarakat Salah Erti, Ketahui Cara Sebetulnya Untuk Merawat Luka

Jika mengalami luka kecederaan akibat dari insiden, atau terjatuh, kita sudah pasti akan memberi rawatan untuk mengelakkan dari jangkitan kuman. Kebanyakan dari kita, ibu bapa, atau masyarakat akan membersihkan luka terlebih dahulu, dan menyapu ubat yang sepatutnya pada luka tersebut agar dapat membasmi kuman pada luka.

Namun bgitu, mungkin kerana kurangnya pendedahan kepada masyarakat, ada di antara kita yang tersalah maklumat, atau terkeliru dengan tindakan yang sewajarnya dilakukan dalam merawat luka ini, dan disebabkan itu, luka menjadi lebih teruk.

Untuk memberi gambaran yang lebih jelas, saudara Kamarul Ariffin Nor Sadan telah kongsikan antara perkara yang sering dilakukan oleh masyarakat, yang mungkin dilihat betul, tetapi adalah tidak tepat mengenai penjagaan luka ini. Mari kita ikuti perkongsian darinya untuk mengetahui cara yang sebetulnya.


KETAHUI FAKTA-FAKTA PENJAGAAN LUKA INI

1. Lebih dalam luka, lebih sakit

Mitos. Lebih banyak penderia kesakitan terletak pada lapisan paling kulit paling luar (epidermis). Oleh itu luka dangkal seperti luka tersagat, adalah lebih sakit daripada luka tikaman atau luka terbelah.

2. Luka perlu dicuci dengan alkohol untuk basmi kuman

Mitos. Alkohol digunakan untuk membasmi kuman pada kulit yang tiada luka. Pencucian luka dengan alkohol amat memedihkan dan boleh menyebabkan sel di dalam luka akan mati. Ada cucian antiseptik yang lebih mesra luka. Jika luka tiada tanda-tanda jangkitan kuman, hanya perlu cuci luka dengan air saline.

3. Luka kalau dibiar terbuka lebih cepat kering(sembuh)

Mitos. Luka perlu dikekalkan lembap untuk proses pemulihan yang lebih pantas dan elok. Ini kerana sel-sel yang bertanggungjawab untuk proses pemulihan luka memerlukan medium lembab untuk bekerja dengan optimum. Luka perlu ditutup dengan dressing yang sesuai

4. Pembentukan keruping adalah tanda luka sedang pulih dengan baik

Mitos. 
Pembentukan keruping tandanya luka dibiarkan terlalu kering. Keruping melambatkan proses pertumbuhan sel baru dan menghalang luka sembuh dengan sekata. Untuk elakkan keruping, luka perlu dikekalkan lembap dengan menutupnya dengan dressing yang sesuai.

5. Jangan makan telur jika ada luka. Nanti luka bernanah

Mitos. Tiada masalah jika anda makan telur. Lagipun untuk proses pemulihan luka memerlukan protin. Apa yang tidak boleh adalah menyapu telur mentah pada luka.

6. Jangan makan kicap jika ada luka. Nanti parut hitam

Mitos. Parut menjadi hitam kerana keradangan pada luka merangsang sel melanocyte menghasilkan melanin (pigmen pada kulit dan rambut). Jangkitan pada luka juga boleh sebabkan parut gelap. Bukan kerana kicap.

7. Mandi laut akan percepat luka sembuh

Di hospital, luka yang tiada jangkitan dicuci dengan air garam(NaCl 0.9%). Namun begitu,ia tidak bermakna air laut baik untuk pemulihan luka. Air laut kadangkala dicemari dengan kuman, maka ada risiko untuk luka dijangkiti kuman. Selain itu kepekatan larutan garam dalam air laut yang sangat tinggi akan menyebabkan sakit pada luka.

8. Jangan tutup luka dengan plaster. Plaster tempat pembiakan kuman

Plaster akan menghalang kuman di persekitaran daripada masuk ke dalam luka. Kebanyakan plaster telah dinyahkuman sebelum dibungkus. Setelah pek dibuka, jangan sentuh permukaan plaster yang akan ditampal pada luka. Tidak mengapa jika ada kuman dipermukaan luar plaster. Asalkan saiz plaster lebih besar daripada luka dan ditukar setelah 2-3 hari.

Luka di hati tiada siapa yang tahu. Mitos. Insan yang prihatin dan peka pasti boleh membaca isi hati anda. Insan spesis ini agak rare, tapi masih wujud. Kalau jumpa, simpan ketat-ketat.

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
#perangmelawanmitos

Moga-moga dengan perkongsian ini, kita dapat mengetahui cara yang betul, dan tidak lagi terkeliru tentang cara bagaimana untuk merawat luka ini. Selepas ini, jika anda mempunyai luka, bolehlah rujuk kembali perkongsian ini, dalam merawat luka dengan betul.
Read More

Pemandu Maut Kereta Terjunam Dari Tingkat Tiga Kondominium

Pemandu Maut Kereta Terjunam Dari Tingkat Tiga Kondominium


KUALA LUMPUR 15 Feb. - Seorang lelaki maut selepas kereta Toyota Innova yang dipandunya terbabas sebelum terjunam dari tingkat tiga di kawasan letak kereta bertingkat di Kondominium Pelangi Indah hari ni.

Menurut Utusan Online, mangsa, Ong Bang Hin, 52 maut di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Seramai 12 anggota bomba di kejarkan dan menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Zakaria Yusof, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.57 pagi dan tiba di lokasi 10 minit kemudian.

Seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang dan Hang Tuah terlibat dalam operasi ini,” katanya.


Read More

Trash Dove: Ini Asal Usul Burung Ungu Hentak Kepala Yang Sedang Membanjiri Facebook Ketika Ini

Trash Dove: Ini Asal Usul Burung Ungu Hentak Kepala Yang Sedang Membanjiri Facebook Ketika Ini

Pernah ternampak burung berwarna ungu yang menghentak kepalanya di lantai ketika melayari laman Facebook sejak akhir-akhir ini?

Burung itu sebenarnya adalah set stiker yang bernama Dove (burung yang hentak kepala dinamakan Trash Dove) dan ia dicipta oleh pelukis dari Florida, Syd Weiler pada September dan dijadikan set stiker kepada iPhone pada Januari.

Keratan dari video Syd Weiler berterima kasih kepada rakyat Thailand kerana memviralkan ikonnya.


Set stiker Dove


Namun Trash Dove hanya mulai viral apabila ia dipopularkan oleh satu video di Thailand baru-baru ini. Bagaimanapun, video kartun burung ungu dan seekor kucing itu boleh menyebabkan sesetengah pihak tidak selesa kerana boleh dikategorikan untuk orang dewasa.

Video yang viral.


Pencipta set stiker itu mengakui terkejut dengan fenomena yang tercetus dari stikernya.

"Ianya bermula di Thailand, sebenarnya - mereka mempunyai satu lawak mengenai burung di sana, dan ia mempunyai kaitan (dengan Trash Dove)" kata Weiler.

Kenapa burung itu menjadi viral di Thailand? Menurut portal Thailand, Khao Sod, satu teori adalah perkataan burung (nok dalam Thailand), juga merupakan perkataan untuk menceritakan seseorang yang bujang tanpa harapan atau menderita kerana cinta tak berbalas.

Namun, ada juga berpendapat burung itu hanya sekadar sedang melayan lagu 'Trash Metal'.

Trash Dove kini bukan sahaja menjadi stiker, malah turut menjadi meme serta ikon internet.


Read More

Isu Van Jenazah: Jais Kesal Kemudahan Masjid Dieksploitasi

Isu Van Jenazah: Jais Kesal Kemudahan Masjid Dieksploitasi

 Baru-baru ini, isu penggunaan van jenazah bagi tujuan demonstrasi oleh Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos mendapat perhatian umum.

Hari ini pula, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tampil menjelaskan hasil siasatan keterlibatan beberapa van jenazah milik kariah dalam demonstrasi di hadapan Bangunan SUK semalam.

Menurut pegarah Jasi, Datuk Haris Kasim, siasatan awal mendapati wujud unsur memanipulasi dan mengambil kesempatan ke atas pengurusan van jenazah dalam demonstrasi itu.

Jais dimaklumkan  terdapat beberapa individu yang mendakwa dari gabungan NGO Selangor telah menghubungi masjid untuk menyewa van jenazah bagi tujuan lain.

Antaranya untuk sesi penggambaran, kempen anti judi, pameran dan sebagainya,” katanya menerusi kenyataan.

Menjelaskan lebih lanjut, Haris berkata berdasarkan semakan ke atas van jenazah yang terlibat, pemilik van itu terbahagi kepada empat kategori.

Pertama dimiliki dan diselia oleh pegawai dan jawatankuasa masjid kariah. Kedua, diselia secara swasta atau persendirian.

Van itu juga dimiliki agensi Persekutuan yang disumbangkan kepada Jawatankuasa Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) dan terakhir dimiliki Badan Khairat Kematian yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan dan tidak dikawal oleh masjid kariah,” katanya.

Justeru itu, Jais menyatakan rasa kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab yang mengeksploitasi kemudahan masjid bagi tujuan demonstrasi.

Katanya lagi, tindakan beberapa individu ini telah mencemarkan kemuliaan institusi masjid.

Jais memohon kepada semua Ahli Jawatankuasa Masjid agar lebih berhati-hati pada masa depan dan menyemak terlebih dahulu program yang bakal dilaksanakan oleh mana-mana pihak melibatkan institusi masjid agar tidak disalahgunakan lagi,” katanya.
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...