8. Jangan tutup luka dengan plaster. Plaster tempat pembiakan kuman
Plaster akan menghalang kuman di persekitaran daripada masuk ke dalam luka. Kebanyakan
plaster telah dinyahkuman sebelum dibungkus. Setelah pek dibuka,
jangan sentuh permukaan plaster yang akan ditampal pada luka. Tidak mengapa jika ada kuman dipermukaan luar plaster. Asalkan saiz plaster lebih besar daripada luka dan ditukar setelah 2-3 hari.
Luka di hati tiada siapa yang tahu. Mitos. Insan yang prihatin dan peka pasti boleh membaca isi hati anda. Insan spesis ini agak rare, tapi masih wujud. Kalau jumpa, simpan ketat-ketat.
Dr.
Kamarul Ariffin Nor Sadan#perangmelawanmitos
Moga-moga dengan perkongsian ini, kita dapat mengetahui cara yang betul, dan tidak lagi terkeliru tentang cara bagaimana untuk merawat luka ini. Selepas ini, jika anda mempunyai luka, bolehlah rujuk kembali perkongsian ini, dalam merawat luka dengan betul.