Ibu Terlupa Anak Sudah Sejam Tertinggal Dalam Kereta



Gara-gara terlalu teruja untuk berjumpa dengan ahli keluarganya, seorang wanita telah terlupa yang anaknya berumur dua tahun telah tertinggal di dalam kereta, malahan anaknya itu terperangkap di dalam kereta berseorangan hampir sejam di Taman Iskandar Perdana, kelmarin, lapor Sinar Harian.

Ketika kejadian kira-kira jam 1 petang, wanita berkenaan berumur 30an itu telah datang melawat ahli keluarganya yang tinggal di situ, akhirnya menyedari ketiadaan anak perempuannya selepas hampir sejam keluar daripada kereta.

Kanak-kanak itu terperangkap di dalam kereta kerana kunci kereta ditinggalkan di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina berkenaan menyebabkab ia terkunci secara automatik.

Ketika sampai ke kereta, kelihatan kanak-kanak itu sedang menangis dan berpeluh menyebabkan khidmat anggota bomba dipanggil untuk membantu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar, Zaiful Effendi Ahmad, pihaknya menerima panggilan mengatakan ada kanak-kanak terperangkap dalam kenderaan.

“Melihat keadaan kanak-kanak itu sudah menangis dan berpeluh-peluh, selain sedikit lemah, anggota kami meminta keizinan wanita itu untuk memecahkan cermin belakang bahagian penumpang.

“Kanak-kanak berkenaan berjaya dikeluarkan dalam keadaan selamat dan diserahkan kepada ibunya untuk ditenangkan,” katanya.

Pihak bomba telah mengejarkan seramai lima anggota diketuai Pegawai Bomba Ahmad Roszairil ditugaskan dalam kejadian itu. 

Author:

Facebook Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...